*Iklan di sepanjang jalan di Bandar Jakarta
:: Ordinary gurl called Dd! :: Gombak is my hometown :: Loves anything in yellow colour (but at the same time learning to love Misha Omar's colour) :: leisure time - reading & nyanyi2 buat konsert kat rumah :: hate narrow-minded people (apa kes?!) ::
Blog ini terwujud untuk melepaskan beban dalam kepala yang mana tak mampu nak diluahkan dengan bersuara, cuma mampu diluahkan melalui tulisan. Melalui kata-kata...di sini...secara bebas.
Dd percaya menulis adalah satu terapi. Begitu juga menyanyi. La-la-la-la-la ;D
Meminjam kata2 Afdal:
What is more dear, this blog was not built to satisfy readers by saying things that by their measurements or standards are acceptable. If you earnestly want that, set up your own blog and start your agenda. There’s ample space in this virtual highway.
...Huehue...
|
|
|
 |
|
Wednesday, July 09, 2008
Hey...
Gile lama tak tulis. Macam-macam jadik.
Hujung minggu ni lepak @ Bandung... yeay! Nak borong baju kebaya sulam-sulam tu banyak-banyak! Ahaha. Lepas tu raya nanti melaram la. Hihi. Rumah kat Melaka pun dah nak siap. Best-best. Lepas ni bleh lepak Melaka slaluuu... Makan rambutan, duku, ciku, manggis. Best-best!
Ingat nk ajak Shida lepak Bandung sesama, tapi masa suntuk sgt la plak. Takut Shida tak dpt cuti, lainlah klo kerja cam aku. Agege. Sebulan sebelum ni Mak dah ajak aku. Tapi aku tolaklah, tak nak pergi. Alih-alih 4 hari lagi nak bertolak ni, Mak plak ajak-ajak balik. Pastu Mak ada sebut satu perkataan, terus la konfem aku nak ikut. Ahaha. Perkataan tu dirahsiakan :P. Akukan anak tunggal sementara :P
Projek KL City Hall dah nak siap, after next week kena buat training. Lepas tu bos nak buat projek yg lebih kurang sama. Hadoi, kejang otak aku. Bila la bos nak amik org baru ni. Huhu.
Oh ya, bulan lepas lepak Singapore kejap. Kejap sebab sehari jek. Itu pun pegi rumah org kawen. Sedara. Langsung aku tak kenal. Ntah sape2. Nak kaji susur galur keluarga buat pening aku jek. Yang aku nak cerita ni pasal majlis tu la. Sampai lambat, yela berhenti kat imegresen Singapore yang cam sengal tula (oh, naik bas dari Larkin). Sempat la jugak tgk pengantin tu. Lauk-pauk sedah sey... Siap ada bihun. Kompang plak, alahai macam kat Melaka tu (nampak nau cam aku ske Melaka ek. Tak-tak, sebenarnnya aku suka suasana kampung). Sedap betul!
Okies, nak pergi tukar duit. Balik (dari tukar duit) nanti aku jadi jutawan :D (next month dpt t-shirt dari RC... yeay!)
Posted at 05:53 pm by kasutgombak
P.e.r.m.a.l.i.n.k.
Tuesday, March 18, 2008

Aku suke gambar ni. Pic taken by Amru, masa Gathering Mesra (x-CS10) kat bukit Cerakah, SA, 2006. Tapi edited by me laaa (polaroid).
Dulu aku, Yan, dan Dayah tinggal bertiga kat seksyen 8. Masa tu tahun-tahun akhir degree. Rumah tu rumah dua tingkat lot tepi. Sewa, dah tentulah mahal. Tapi dah malas nk carik rumah kemudian nk share rumah plak dgn 'org baru', jadinya sewa jelah kat situ.
Tingkat bawah kitorang guna dapur jek. Living room ditinggalkan kosong. Tingkat atas mmg guna habis-habisan. Ada 3 bilik. Satu dijadikan bilik komputer. Satu bilik solat. Lagi satu - master bedroom kitorang share. Besar oke. Living room yg ada kat situ dijadikan tempat lepak. Ada tv. Yatie pinjamkan.
Jiran sebelah ialah sebuah famili. Ada sorang nenek. Nenek tu lebih kenal aku dari Yan & Dayah sbb cucu dia pun namanya Fadhilah. Nenek ni aku layan jelah borak. Ada masa-masa dia kasik lauk. Ada masa-masa dia kasik kuih. Yg lelain aku tak ingat. Ada sekali aku balas ngan popia. Muakaka. Aku hebat buat popia :P
Memasak klo ada mood. Ingat lagi Dayah masak ikan bakar. Balut dgn daun pisang, oke. Daun pisang tu amik kat belakang rumah tula. Ahaha. Bolehlah tahan Dayah masak. Ekekeke. Masa lain2 kitorang byk beli kat luar jelah. Selalu kitorang dinner pukul 6 sambil tgk cerita cina kat tv. Selalu kitorang belikan Yan lauk ayam. Boleh dikatakan hari-hari Yan makan ayam...huhu. Sebab Yan tak makan (ke tak ske makan) ikan. Sebab malasla aku nak cerita sebab apa dia tak makan ikan :P
Masa ni Amin (sekarang suami Yan) rajin call Yan. Lama plak tu. Selalunya Yan akan tutup pintu klo nak gayut ngan Amin. Malulah tu nak bermanja2. Ahaha. Line masa tu guna landline sebab kitorang guna tmnet 1515 tuk access Internet. Tak main la lepak cyber cafe. Masa ni jugak Amin ada balik dari overseas, hari2 berdating dgn Yan. Klo tak silap seminggu before Amin balik, Yan sibuk2 beli baju. Maklumlah, nak berdating hari2... takan nak berulang pakai baju yang sama. Haha. Sorry Yan, tercerita pasal Yan plak :D
Rumah sewa yang ni pun kawan2 lain rajin datang lepak. Saba, Durra, Faidah, Aida, sape lagik..? Mana-mana rumah kitorng sewa pun org ske datang lepak. Ahaha. Masa ni aku ada jugaklah lepak rumah Matun sbb dekat. Ada sekali lepak sampai tengah malam. Matun, Aida, aku, Da'a, rasanya ada lagi sorang... yeke? Ntah la tak ingat. Lepak2 bukan buat party oke. Rumah Matun, rumah family tau. Lepak sbb study ke nk siapkan projek. Lebih kurang macam tulah.
Masa ni klo tak silap aku, kawan2 aku yg lain sebuk siapkan thesis. Aku ingat lagi Dayah buat pasal apetah, tapi ada kaitan dgn signature recognition. Yan plak ada kena mengena pasal games. Derang dua ni bebudak AI. Aku sorang jek IT. Tapi masa ni aku tak buat thesis, aku fwd ke semester depan, dalam erti kata lain aku extend satu sem. Bukanlah thesis semata2, ada beberapa subjek lain aku fwd gak. Tak larat lagik aku nk bwk subjek byk2, every sem 20++ credit hours. Aje gilek. Time2 ni aku sebuk jadik SU Durra tuk satu program anak angkat. Oh, aku tanak cerita la bab tu. Lenkali ;)
Klo nak diikutkan, nama2 yg aku sebut dlm entry ni dah ada keluarga masing-masing. Aku sendiri klo bleh sedaya-upaya jaga hubungan persahabatan yang ada ni esp bebudak rumah sewa & BF ;) So far, dgn hubby derang pun aku bleh la nak in skit-skit. Cuma si Fauzul (Fatma's) blum ada geng lagi ek... Ahaha. Fatma, konfem tahun depan ada geng. Tunggu~
Posted at 07:01 pm by kasutgombak
P.e.r.m.a.l.i.n.k.
Saturday, March 15, 2008
Hey...
Tunggu habis upload gambar kat fotopages. Alamak, sorry... private (klo private bakpe beritau kat sini, ye tak? Akkaka).
Minggu lepas. Sepatutnya parents aku mengundi kat Gombak ni, tapi seperti tahun-tahun lepas masa mengundi nilah nak balik kampung. Kampung kat Penang plak tu. Eh, macam DAP plak. Betulkan ayat balik - "Kampung kat Pulau Pinang plak tu." Ahaha. Kebetulan ada kenduri kat sana. Alasan je tu. Ingat2 nak pg majlis Aida (sorry...tak dpt pg..!), tapi Abah plak ajak ikut sama (sebab dah tak larat nak drive jauh2 lagi). Ngee... Nilah first time aku drive lalu terowong + tol Jelapang tu. Cuak jek, yelah byk kemalangan kat situ, kan... Nasib baik time tu kereta banyak, so drive slowly je.
Pagi-pagi Jumaat dah blah dari Gombak. Ingat terus ke P.Pinang, tetiba Abah tanya nak singgah Cameron Highlands atau Taiping. Aku apelagik jawab la, "Cameron lah." Yeay! Nilah bestnya jadik anak tunggal sementara (Ana & Fir tak ikut sbb tak balik). Semua bleh dapat. Semua aku punyaaa...muakakaka.
Jadinya melepaklah parents aku dan aku kat Cameron tu. Haha. Best~ (saje nak blagak). Aku belanja parents aku makan kat Strawberry Moment. Makan plak strawberry steamboat. Halamakkk... serius sedap! patutlah Kak Siti (Nurhaliza) ske makan strawberry cicah coklat. Yang strawberry steamboat ni ada strawberry, marshmallow, choc sticks, tomatoes, timun untuk dicicah dgn coklat cair yang sentiasa panas (steamboat la katakan). Tambah lagi dgn set aiskrim dan teh strawberry yang panas. Angin plak sepoi-sepoi bahasa. Ececeh~
Pagi esok barulah sambung perjalanan ke P.Pinang. Agege. Inilah firstime aku hadiri majlis kahwin yg dia asingkan tetamu lelaki dgn tetamu perempuan. Tapi tak heranlah, Tok Chik aku ni mmg alim-alim. Aku plak pkai baju kebaya. Saje nak test org2 kat situ pandang aku sinis ke tak. Nways, aku buat bodoh jek.
Kesian Mak, mana-mana majlis kawen (esp. yg aku ada sama), sure org tanya "Bila lagi? (sambil tunjuk2 kat aku)." Aku bleh la lari buat2 tak dgr ke, Mak plak ketawa2 sambil jawab, "Tahun depan..." Aku dlm hati, "Erk!". Abg (aku lupa nama) sahut,"Tahun depan tak lama lagi la tu!" Along plak cakap, "Buat kenduri kat sini jelahhh." Aku dlm hati, "Nak buat kat Penang..?! Ape kes la plak. Agege." Sebenarnya Abg yg aku lupa nama & Along tu pangkat pakcik, tapi dh terbiasa dr kecik panggil camtu. Sepupu Mak yg sebaya ngan aku pun aku panggil Kak Chik. Dah kawin pun. Dan dah ada anak. Bureng~
Balik terpaksa ikut Permatang Pauh. Masa tu plak pukul 5 ptg. Mmg mengada la nak balik gak masa tu kan kan. Tapi Abah dah penat, ikutkan aje. Dan konfemlah jln jem, ok. Lamalah jugak. Siap dpt tgk makcik-makcik & bebudak perempuan berdiri tepi jalan menjerit2 "Reformasi! Reformasi!" Hek elleh! Tak malu ke terjerit2 :P Aku masa tu rasa menyampah pun ada.
Jalan masa tu 2 lane jek. Tetiba lane bertentangan kitorang kena kosongkan. Bebudak motor bwk bendera ADIL tulah yg soh kosongkan jalan. Ingatkan menteri mana nak jalan. Skali si DSAI la... siap melambai2. Belum menang lagi dah kena kasik2 jalan. Ape kes... Taulah kawasan tu kawasan isteri dia... uhuhu.
Ingat nak lepak kat Hotel Berlin, tapi nampak ada khemah BN Abah ajak pg seberang jelah. Kang malam2 dgr result PRU, memekak jek derang ni. So, kat seberang kitorang lepak kat Seri Malaysia. Selamat. Aman. Makmur. Malam tu, lepas dinner dpt sms dari Shida, "waah. result panas." Aku plak terpinga2. Ape dah jadik ni? Rupa2nya Sharizat (aku ske dia jadi Menteri Wanita) dan Samy Vellu kalah (predictable la Samy Vellu tu).
Esok pagi ballik KL. Tapi sebelum tu ronda-ronda kat George Town dan Padang Besar. Lama gilek tak pg seberang. Dulu kecik-kecik selain arwah Tok Wan, Pak Ngah Mie slalu bwk aku lepak kat Padang Besar makan-makan passemboq. Lepas tu pi Komtaq jalan2 tgk muvi. Masa tu naik motor... Ahaha. Best!
Kalau pg naik Jambatan P.Pinang (ade ke dia pasang penghadang tinggi2 kat tgh2 pembahagi jalan tu, tak dpt la nk tgk laut! Tgk laut sebelah jelah :P), balik plak naik feri. Yeay! Dah lama tak naik... Hehe.
Sampai Gombak dh malam. Takde yang pelik2 kecuali terlalu banyak poster2 plastik dan bunting2 PAS. Besar2 plak tu. Oh ya, DUN aku Hasan Ali (kempen sampai ke pasar malam), Parlimen Azmin Ali. Poster BN yg bersepah2 ni takde sape ke nk kemas..? Dah masuk seminggu niiiii (mementang kalah, malas nk buat kerja la tu :P).
Posted at 02:56 am by kasutgombak
P.e.r.m.a.l.i.n.k.
|
|
|