Entry: Aku di Paris of Java Monday, July 14, 2008



Hey...

Hari 1
Seperti yang dah dicerita pada entry lepas, maka lepaklah aku ngan Mak dan kawan-kawan Mak di Bandung. Bertolak pagi 11 Juli, tinggal kereta kat Pediatrik lepas tu naik van. Amik travel package sebenarnya, oklah servicenya.

Ni first time aku naik Air Asia. Memanglah seat siapa cepat dia dapat, tapi takdelah sampai takde tempat duduk. Cuma naik Air Asia ni dapatlah rasa lebih gegaran. Ahaha. Klo yang lepas aku naik (bukan Air Asia) smooth gila... tau-tau dah sampai (Jakarta).

Tengahari sampai airport Bandaran Husein Sastranegara, 2 jam dari LCCT. Janganlah bayangkan system/keadaan kat sana sama ngan LCCT, jauh sekali macam KLIA. Ahaha... Kelam kabut la sikit. Terus kitorang disambut oleh tour guide, naik la bas persiaran menuju ke Pasar Baru. Terus pergi shopping tu~. Haha. Kat sinilah tempat nak beli kebaya, kain ela, telekung, kain pelikat, tudung-tudung yang serius murah! Klo nak beli kain baju pengantin (perempuan) yang kain lace tu, silalah datang sini. Serius banyak pilihan. Huhu. Berbanding dgn Mangga Dua, kat sini boleh buat kita jadi lagi gila.

Beli punya beli, yang buat konfius tu nilai matawang derang la. Sana guna ribuk-ribuk. Sekali dengar macam mahal jek harga barang tukan. Sebenarnya simple maths jek klo nak diikutkan. Ececeh, macamlah terrer maths. Nasib baik aku dah ada pengalaman lepak Indonesia, jadinya purse Mak aku la yang pegang sebab Mak konfius nak bayar berapa banyak (di samping mengelakkan Mak aku beli barang yang ntahpape, sebab kat Bandung ni ramai sgt penjual jalanan yang datang pada kita soh beli barang).

Lepas shopping kat Pasar Baru tu, barulah lunch. Tak ingatlah nama tempat tu. Makan makanan Sunda. Sedap... tengah lapar semua sedap! Lepas mendapatkan kembali tenaga, lepak pula kat Cibaduyut. Tempat ni sibuk sikit, tempat jual barang-barang kulit. Aku & Mak takde beli sangat, beli pun dompet kulit untuk Abah & Fir, jeans untuk Fir (ada diskon), kerepek-kerepek Indonesia, pastu t-shirt untuk anak-anak bos aku (bos dah titipin). Ada gak aku nampak sign board J.Co Donuts tu tapi tak sempat lak nak singgah. Sure harga murah almaklumlah J.Co nikan asal-usulnya dari Indonesia (Jakarta).

Malam dinner kat Sindang Reret yang bermaksud pandang & datang. Maknanya bila kita tengok restoran ni, terus hati nak datang... macam tulah tour guide aku cakap. Sedap! Lepas makan, barulah check in Hotel (Hotel Cemerlang).

Hari 2 - 12 Julai
Lepas breakfast, terus ke West Java. On the way ke Gunung Tangkuban Perahu (gunung berapi) tu (nama tempat tu Puncak), Puncak tu lebih kurang macam Cameroon Highlands. Sejuk, banyak kelinci (aka arnab), ada ladang teh, pokok-pokok pines yang ditanam oleh arwah Soeharto (ke Soekarno, ntahlah lupa). Pengangkutan awam kat situ - kereta kuda. Best betul, tapi tak sempat la nak merasa. Uhuhu.

Tangkuban Perahu tu ada sejarahnya. Nak cerita ke kat sini? Macam malas nak taip :P. Dihikayatkan seorang ibu (Dayang Sumbi) terpisah dengan anak lelakinya (Sangkuriang) bertahun-tahun. Suatu hari bila Sangkuriang dah besar datang ke sebuah kampung untuk berburu yang mana dia sendiri dah lupa yang kampung tu kampung tempat kelahiran dia. Lepak-lepak (berburulah) kat kampung tu, dia jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik. Perempuan cantik tu sebenarnya mak dia, Dayang Sumbi. Huhu. Sangkuriang tak tau pun hubungan hakiki antara dia ngan Dayang. Cuma Dayang yang tersedar, sebab ternampak parut pada badan Sangkuriang tu yang sama ngan anak lelaki dia dulu.

Makanya, takanlah mak nak kawen plak ngan anak sendiri, ye tak? Jadi dibuat helah... Dayang ni kata, "Kalau mau nikahi sama aku, bina-in sebuah perahu yang gadang dan harus disiap-in sebelum matahari terbit." Sangkuriang tu pun bersungguh2 la siapkan perahu tu. Dia siapkan perahu tu pun bukanlah sorang-sorang... adalah makhluk-makhluk lain yang tolong. Ngee~

Bila perahu tu hamper siap, Dayang dah tak tentu arah. Kena buat helah lagi ni... Dayang lalu perintahkan pasukan jinnya untuk merentang kain warna merah di sebelah timur kota. Konon-kononnya matahari dah nak naiklah. Masa tu Sangkuriang ingatkan dah nak pagi, maka dia fikir tak sempatlah nak siapkan perahu tu. Sangkuriang bengang lalu ditendangnya perahu yang dah nak siap tu sampai terbalik (telangkup). Jadinya kalau tengok Gunung Tangkuban Perahu dari jauh, nampaklah bentuk perahu yang tertelangkup. Sekian cerita. Sebenarnya ada banyak versi lagenda ni. Ada cerita sebelum Dayang & Sangkuriang tu berpisah, sebelum kawen Sangkuriang tahu Dayang tu mak dia tapi nak kawen jugak, etc.

Kat Gunung Tangkuban Perahu ni sebenarnya ada beberapa kawah gunung berapi. Yang paling besar Kawah Ratu. Yang ni dah tak aftif, tapi ada gaklah asap2. Bau macam belerang, tapi klo terhidu banyak sangat boleh jadi racun. Yang aktif aku tak pergi. Kat sini ramai gile penjual ok. Nak nikmati permandangan pun tak tenteram. Geram betul!

Lepas tu ke Sari Ater Hot & Spring Water. Tak pergi sampai air terjun tu, kakak-kakak (kawan-kawan Mak aku) tak larat nak jalan kot. Lepak situ sekejap jek, terus pergi lunch. Lepas tu lepak plak kat Rumah Mode (area area shopping mall - setingkat jek), Jln Cihampelas, Jln Riau etc untuk shopping. Best Jalan Cihampelas/Riau sebab kat situ ada patung-patung adi hero beraksi. Tour guide kitorang cakap, kat jalan ni gerenti aman sebab ada Rambo, Superman, Spiderman, Ultraman, etc. Ahaha. Dapatlah satu t-shirt Superman untuk diri sendiri :D. Original ok. Yang lain2 shopping untuk Abah, Ana, dan Fir. Rugi pulak tak beli jeans kat situ padahal murah. Dah banyak sangat barang, sampai tak tau nk beli apa. Uhuhu. Aiskrem Duren dia sedap okkkkkkkk.

Lepas penat jalan bershopping, dinner makanan org Minang. Tak lalu sangat sebab lauk boring jek... Ahaha. Jahatnya aku. Yelah, lauk dia masak pakai santan2 (mcm masak lemak cili padi ayam). Makanlah jugak... dah lapar :P. Lepas dinner balik hotel.

Hari 3 - 13 Julai
Lepas breakfast sepatutnya pergi Pusat Oleh-Oleh, Kartika Sari, Brownies Amanda... tempat-tempat makananlah. Tapi oleh kerana ada permintaan dari kakak-kakak ni termasuklah Mak aku yang nak pergi shopping sekali lagi kat Pasar Baru, tour guide tu ikutkan ajek. Pagi-pagi buta dah naik bas sampai tour guide tu kata belum sampai masanya nak bertolak (dia pun belum breakfast lagi). Bila sampai jek Pasar Baru tu, terus shopping cepat-cepat, sebab flight balik lagi satu jam setengah. Macam nak gila borong barang (Mak aku tau), sampai terpaksa beli extra beg (kalau korang pergi sana, mesti korang tau beg apa yang aku cakapkan ni).

Pukul 10 pagi waktu Indonesia, barulah kitorang bertolak ke airport Husein Sastranegara. Punyalah lama nak beratur. Adoiii, sabar jelah. Sampai KL petang, sampai rumah malam. Gila letih. Tapi malam tu sempat gak la keluar dinner ngan Mak kat Memori Corner,
MRR2 Taman Melati (best environmentnya).

--------------------------------

Kat Bandung ni nyaman jek suhu dia, aku boleh tak berpeluh langsung. Jalanraya dia, er klo aku bawak kereta kat situ sure fail la. Kat sini kena pandai2 cilok. Cilok jelah, org takan marah punya. Jalanraya kat sini kurang hingar-bingar dari Jakarta (KL bagi aku belum sampai tahap hingar-bingar). Masa naik bas dari satu destinasi ke destinasi yang lain, tour guide tu ada lah tunjukkan bangunan2 best macam Bank Indonesia, masjid yang terbesar di Bandung (lupa nama masjid tu), pejabat mayor, besi merayap (keretapi) etc yang mana kebanyakan bangunan dipengaruhi ciri-ciri Belanda (Indonesia bekas jajahan Belanda). Ada satu masa tu, ada sorang cowok ni tetiba naik nyanyikan lagu Ungu - Andai Ku Tahu. Nyanyi bersertakan gitar. Alamak... sedap betul suara dia!! Asikk bangat! Bisa gugur jantung gwe. Kak Berry siap cakap, "Dik, masuk GangStarz la dik." Hehe. Nyanyi tu bukan free, klo rasa nak bagi sumbangan, bagilah. Tapi disebabkan hati dah cair... banyak gak la dia dapat dari kitorang :D

Bila tengok-tengok bali passport aku, baru perasan yang tarikh aku pergi Jakarta (11 - 13 Julai 2007) dulu sama ngan tarikh aku pergi Bandung. Hoho, so setahun dari sekarang bleh la lepak Indonesia lagi. Ahaha (macamlah banyak duit, tapi oklah tu klo nak kumpul dlm masa setahun).

Ya udah deh, sahutlah kempen Visit Indonesia Year 2008. Hehe ;)

   2 comments

layleq
July 28, 2008   08:28 AM PDT
 
weiii siyes...tade beli lebey ke kebaya sesulam tu???alahaiiii....
Dd
July 31, 2008   07:04 AM PDT
 
Alamak Leq, aku beli pun cukup2 jek. Agege

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments