Entry: Lepak @ Genting pulak~ Saturday, July 19, 2008



Hey...

Agak-agak adalah 6 tahun aku dah lama tak lepak Genting walaupun Gombak - Genting tu dekat. Gila lama. Yang last aku pergi tu time-time nak habis diploma. Agegege. Lepas tu tak berani sebab takut naik cable car. Iya, aku seorang yang gayat :P

Menunaikan janji kepada Iqa & Iman (sepupu), aku bawaklah jugak derang lepak Genting. Memula derang soh aku drive. Aje gilek? Aku cakap, klo nak pergi ngan aku kena naik bas. Ahaha. So Naik bas - cable car la kitorang ke Genting hari tu. Ana pun join skali. Abah pulak tatau program aku hari tu. Pastu Abah cakap, "Aik, baru pergi Surabaya (sebenarnya Bandung, apa kes Abah sebut Surabaya pun aku tatau), dah nak pergi Genting?"

Lepas breakfast kat warongkita @ KL Sentral, kitorang tunggu bas dekat tempat bas2 ke LCCT/KLIA tu. Perjalanan amik masa sejam untuk sampai ke Genting Skyway. Masa tu dah hujan. Naik cable car hujan dah berhenti, tapi kabus tebal la. Aku ingatkan aku sorang jek yang gayat, rupanya Iman pun sama. Apalagas bila cable car tu nak berjalan, riuh la satu cable car tu. Punyalah cuak. Agegege. Sure bengang 4 org belakan kitorang tu. Nasiblah. Lama-lama, hilang jugak rasa gayat tu. Hehe.

Permainan kat sana kebanyakannya masih sama. Adalah tambah sana sini sikit mcm Kota London tu, Boating, gerai-gerai makanan, air terjun still ada. Surau pun merata-rata. Klo tak dulu kena keluar dari theme park tu nak ke surau. Kali ni aku main banyaklah jugak, termasuklah yang Pirate Ship. Macam sengal jek. Aku boleh ketawa sampai keluar air mata. Serius tak tahan geli ok :P Corksrew tu aku still tak berani nak naik lagi. Sampai bila-bila pun.

Masuk indoor theme park, makan dulu. Masa tu dah petang. Adalah dalam pukul 5 macam tu. Masa tu hujan balik. Nasib baik dah main puas-puas kat luar. Haha. Lepas makan Iman ajak masuk The Haunted Adventure (rumah hantu), tapi bila ditimbang-timbang semula harga tiket tu tak berbaloi (RM25 per person). Iman siap nak belanja aku lagi. Ahaha. Aku cakap baik simpan RM25 tu lagi bagus (bagi budak kecik RM25 tu dah kira besar la tu). Naik Euro Express 3 kali, 2 kali beratur dan sekali tu keretapi (tatau la nak panggil apa) terlajak satu meter...  Memula tu stop jugak, tapi dah terlajak mana nak patah balik. So free la seround. Hehe. Masuk pula Snow World. Yang ni kena bayar RM15 per person, tapi seronok la jugak. Ahaha. Macam budak-budak. Camera tak bleh bawak masuk, kena guna service photographer kat situ. Ciss... dah la sekeping gambar tu mahal. Tapi beli jugak... nak buat kenang-kenangan. Klo nak ikutkan harga asal 3 keping = RM50. Oleh kerana yang pergi tuntut gambar tu (Ana & Iqa) orangnya cute2, abang gatal tu kasik RM30. Uhuhu.

Balik malam pukul 9.00. Sebenarnya klo nak ikutkan aku tak berani nak balik malam2, lagi-lagi turun dari Genting. Tapi tawakal jelah. Perjalanan dari Genting ke KL Sentral lebih kurang sejam jek. Letih, kitorang tertidor dalam bas. Tapi orang2 Arab depan kitorang ni berborak punyalah kuat. Nasib baiklah tak faham.

Iqa & Iman balik USJ naik komuter. Aku & Ana naik putra (lambat skit sebab lepak McD kejap), time tu pukul 10.45 mlm tapi tren penuh macam pagi-pagi orang pergi kerja tu. Penuh ngan orang-orang Arab. Asal derang ni ske borak kuat-kuat, ha? Sampai rumah dah dekat 12 malam. Parents aku ok as long as aku sentiasa bagi report lokasi semasa. So far tak pernah la nak marah kenapa balik lewat sangat. Ada lagi lewat dari yang ni, masa tengok teater kat Istana Budaya. Balik nak dekat pukul 1 pagi. Agege :P

Itulah cerita joli aku minggu ni. Ogos nanti nak pergi tengok High School Musical - The Ice Tour dengan Ana, Wani, dan 'ekhem' Wani :D

   3 comments

aida
August 5, 2008   10:12 AM PDT
 
alahai best nya fadhil..jarang2 tulis entry, skali tulis pasal pegi melancong daa....syok gak ek pi bandung...nak kena pikir ni, macam best je, hehehehe....
Dd
August 6, 2008   12:14 AM PDT
 
Pergi la Aida. Klo ni first time, aku galakkan pakai pakej. Senang sebab ada orang guide. Tapi klo ko & Leman orgnya adventure, pg sendiri2 pun ok. Sure boleh survive ;)
roni
October 9, 2008   11:02 AM PDT
 
kalau nak melawat kat bukittinggi - Sumatera Barat - indonesia, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp./ Fax : + 62 752 32999
email / YM : muhibbahbkt@yahoo.com

Kat Bukittinggi : boleh melawat kat : Lubang Jepun, Sianok Canyon, Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Aur Kuning ( Pusat Borong telekung,songkok,tudung dengan harga murah )

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments